Monday 16 April 2012

DEFINISI JENAYAH

             Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang - undang kerajaan sesuatu tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah -  sumber wikipedia

           Menurut Kamus Dewan : - Undang - undang ialah sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang di gubal ( dibuat ) oleh sesebuah kerajaan negeri atau negara dan iannya mesti dipatuhi oleh setiap individu atau masyarakat tersebut.  Didalam sesebuah negara demokrasi, Parlimen membuat undang - undang yang mesti diikuti oleh setiap orang.

          Jenayah ialah kesalahan yang dilakukan oleh individu atau kumpulan dengan niat hendak melakukan kesalahan itu. Dengan sebab kesalahan itu, maka orang yang melakukan kesalahan itu boleh lah dihukum dengan balasan penjara, atau denda atau pun diseksa atau pun boleh di kenakan hukuman mati keatas sipelaku tersebut jika terbukti akan kesalahan yang dilakukan.  - Tun Salleh Abas.

           Sesuatu perbuatan atau kesalahan jenayah adalah dilakukan dengan niat salah. Sesuatu perbuatan tidak boleh menjadi jenayah sekiranya tidak disertai dengan niat, walau pun akibat dari perbuatan seperti itu, membawa kecederaan atau maut terhadap mangsanya.

                    Didalam perundangan jenayah moden terdapat satu maxim latin yang tersohor iaitu Actus non facit reum nisi req yang disebut oleh Lord Kenyon sebagai niat dan perbuatan termasuk ketinggalan. Perbuatan dan niat mesti ada serentak untuk mewujudkan jenayah ( kes Fowler V Padet, 1978, T.T.R 509 ). Ini bermakna sesuatu perbuatan atau ketinggalab jenayah dikatakan sebagai satu jenayah.

JENIS - JENIS JENAYAH
             
                     Jenayah adalah kelakuan yang menyalahi undang-undang. Jenayah juga boleh dianggap sebagai tindak tanduk yang menyalahi undang-undang.

                      Menurut Kanun Tatacara Jenayah ianya sebagai satu perbuatan atau ketinggalan yang boleh dihukum dibawah satu undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

                       Jenayah boleh dikategorikan kepada beberapa :-
                                 a) Jenayah Harta Benda
                                 b) Jenayah Tubuh Badan
                                 c) Jenayah Komersial
                                 d) Jenayah Siber
                                 e) Jenayah Maritim
                                  f) Jenayah Udara
                                 g) Jenayah Melibatkan Moral
                                 h) Jenayah Melibatkan Hak Individu / Kumpulan / Organisasi